Sejarah Sekolah Kebangsaan Mata Ayer

Sekolah Kebangsaan Mata Ayer terletak di Daerah Pulai Chondong dalam Jajahan Machang. Dahulunya sekolah ini dikenali sebagai “ Sekolah Melayu Rakyat Mata Ayer”.

Di bawah pimpinan penghulu Koh Bon Chai, satu perjumpaan di kalangan ibu bapa telah diadakan bagi memohon untuk mendirikan sebuah sekolah di Kampung Mata Ayer.

Setelah mendapat persetujuan ramai, maka bermulalah sejarah baru di Kampung Mata Ayer di mana sebuah bangunan kayu yang berukuran 7m x 5m didirikan secara gotong royong oleh penduduk kampung. Tanggal 8 Disember 1954, bermulalah sekolah baru yang dinamakan dengan “ Sekolah Melayu Rakyat Mata Ayer”.